43 terkorban banjir di Kerala - Utusan Malaysia

43 terkorban banjir di Kerala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOCHI, INDIA 15 Ogos – Jumlah kematian akibat banjir paling buruk pernah berlaku di Kerala dalam tempoh hampir 100 tahun, meningkat kepada 43 orang manakala beribu-ribu penduduk terperangkap akibat paras air yang semakin meningkat.

Lima kematian terbaharu dicatatkan hari ini selepas hujan yang bermula sejak seminggu lalu memaksa pihak berkuasa melepaskan air yang telah mencapai paras bahaya di 35 empangan.

Ketua Menteri, Pinarayi Vijayan menerusi Twitter memaklumkan, pada masa ini sebanyak 35 empangan telah melepaskan air dan banyak daerah kini berhadapan dengan banjir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jabatan Meteorologi India memberitahu, hujan lebat akan berterusan sehingga Sabtu ini selain turut mengeluarkan `amaran merah’ di 12 daripada 14 daerah negeri itu.

Lapangan terbang bandar ini terus ditutup sehingga tengah hari Sabtu. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN