Tiga keluarga mangsa ribut lega dapat perhatian Setiausaha Politik PM  - Utusan Malaysia

Tiga keluarga mangsa ribut lega dapat perhatian Setiausaha Politik PM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Tiga keluarga mangsa ribut di Pulau Tuba, di sini mampu menarik nafas lega apabila masalah yang dihadapi mereka mendapat perhatian Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya. 

Abu Bakar hari ini menyerahkan sumbangan kepada wakil tiga keluarga terbabit iaitu Che Su Ahmad, Zaleha Ahmad dan Salamiah Bahari semasa mengadakan lawatan serta meninjau keadaan rumah mangsa. 

Menurut Abu Bakar, pihaknya prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa ribut berkenaan manakala sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah usaha ini membuktikan komitmen kerajaan yang sentiasa memberi perhatian serta mengambil berat akan kebajikan serta permasalahan rakyat di kawasan Parlimen Langkawi” katanya di sini hari ini. 

Terdahulu, Abu Bakar beliau turut merasmikan Program Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi serta menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang penggiat seni, Ahmad Man yang ketika ini sedang uzur di Pulau Tuba, di sini. 

Abu Bakar mengadakan lawatan kerja selama tiga hari di Parlimen Langkawi bermula 13 Ogos lalu. 

Semalam, beliau turut menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Ewa di Air Hangat di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN