New Zealand larang warga asing beli rumah - Utusan Malaysia

New Zealand larang warga asing beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 15 Ogos – Parlimen New Zealand hari ini meluluskan undang-undang melarang warga asing bukan residen membeli rumah yang sedia ada, sekali gus melengkapkan janji kempen pilihan raya kerajaan parti Buruh.

Menteri Kewangan Bersekutu, David Parker berkata, keputusan itu merupakan peristiwa penting yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan impian rakyat negara ini memiliki rumah menjadi kenyataan.

Pemilikan rumah oleh warga asing di negara ini menerima kecaman hebat sejak beberapa tahun lalu sekali gus menyaksikan peningkatan harga di bandar besar, Auckland iaitu hampir dua kali ganda malah meningkat 60 peratus di seluruh negara. – Reuters

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN