Staf Felda cedera terlanggar gajah - Utusan Malaysia

Staf Felda cedera terlanggar gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 15 Ogos – Seorang kakitangan Felda cedera di bahagian muda apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya melanggar seekor gajah di Batu 8, Jalan Mawai dekat sini malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa, Mohd. Khairul Abdul Karim, 33, cedera di bahagian pipi, bibir dan kelopak mata hingga menerima 20 jahitan.

Menceritakan kejadian yang berlaku kira-kira 10.30 malam itu, Mohd. Khairul berkata, dia yang memandu Toyota Avanza dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Sedili selepas selesai urusan kerja di Johor Bahru.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiba di lokasi kejadian, dia terkejut melihat sekawan gajah berada di tengah jalan dan gagal mengelak sehingga melanggar kaki seekor daripada gajah berkenaan.

“Keadaan jalan ketika itu gelap dan disebabkan menggunakan lampu rendah saya gagal mengesan kehadiran sekawan gajah berkenaan.

“Saya gagal mengelak lalu melanggar kaki seekor gajah berkenaan. Saya jadi panik lalu segera keluar kenderaan kerana bimbang diserang gajah berkenaan walaupun binatang itu menuju ke dalam hutan berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN