Guan Eng minta Najib jawab tiga soalan - Utusan Malaysia

Guan Eng minta Najib jawab tiga soalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menjawab tiga soalan berkaitan kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan telah menjejaskan sebanyak 121,429 syarikat dan individu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Najib perlu menyatakan sama ada beliau telah meluluskan agar pembayaran balik GST tidak dilakukan dalam masa dua minggu sepertimana ditetapkan di bawah undang-undang.

“Soalan kedua, Najib perlu menjelaskan sama ada beliau telah memberi kebenaran kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah untuk tidak memindahkan keseluruhan jumlah RM82.9 bilion seperti diminta Jabatan Kastam Diraja Malaysia tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak 2015, yakni kekurangan pemindahan dana sebanyak RM19.25 bilion kepada Tabung Bayaran Balik GST?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Soalan ketiga pula, adakah Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di bangunan Parlimen, hari ini.

Pada 11 Ogos lalu, Najib mempersoalkan mengapa Guan Eng hanya menyedari terdapat tunggakan tuntutan bayaran balik GST selepas tiga bulan dilantik sebagai Menteri Kewangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN