23 pelajar SMK Tengku Afzan diserang histeria - Utusan Malaysia

23 pelajar SMK Tengku Afzan diserang histeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seramai 23 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan diserang histeria dalam satu kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu, insiden bermula selepas seorang pelajar tingkatan dua sekolah itu mula diserang histeria. 

Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd. Razali Mustafar berkata, keadaan mula menjadi kecoh dan mengganggu sesi persekolahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya lagi, kejadian kira-kira dua jam itu menyebabkan sesi persekolahan ditamatkan namun semua pelajar direhatkan selama dua hari sehingga Jumaat ini.

“Kita beri cuti awal bagi mengelak kejadian itu merebak dengan membabitkan lebih ramai mangsa.

“Sesi persekolahan akan disambung semula selepas cuti sambutan Aidiladha dan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsunv juga ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN