23 pelajar SMK Tengku Afzan diserang histeria - Utusan Malaysia

23 pelajar SMK Tengku Afzan diserang histeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 15 Ogos – Sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di sini hari ini ditamatkan lebih awal selepas 23 pelajarnya diserang histeria.

Dalam kejadian bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu, seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan dikatakan diserang histeria sebelum keadaan mula menjadi kecoh dan mengganggu sesi pembelajaran.

Pegawai Pendidikan daerah, Mohd. Razali Mustafar berkata, kejadian kira-kira dua jam itu menyebabkan sesi persekolahan ditamatkan namun semua pelajar direhatkan selama dua hari sehingga Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita beri cuti awal bagi mengelakkan kejadian itu merebak dengan membabitkan lebih ramai mangsa.

“Sesi persekolahan akan disambung semula selepas cuti sambutan Aidiladha dan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung juga ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN