Segera lunas bayaran kontraktor - Utusan Malaysia

Segera lunas bayaran kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Tindakan kerajaan melewat-lewatkan bayaran kepada syarikat kontraktor boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk menjejaskan operasi serta risiko pemberhentian pekerja.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kelewatan pembayaran itu juga akan menjejaskan aliran tunai kerana syarikat kontraktor telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menyiapkan pelbagai projek.

“Kerajaan perlu memandang serius dakwaan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mengenai masalah pembayaran yang masih belum dibuat kepada mereka walaupun projek telah disiapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk menyiapkan projek, kontraktor perlu mengeluarkan perbelanjaan besar dan mungkin ada yang meminjam daripada bank yang sudah pasti perlu dibayar balik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad mendesak kerajaan mengatasi masalah kelewatan bayaran kepada kontraktor khususnya kontraktor kecil bagi mengelak timbulnya pelbagai masalah lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN