Dua juruterbang cedera helikopter terhempas - Utusan Malaysia

Dua juruterbang cedera helikopter terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebuah helikopter penumpang jenis Robinson R-66 terhempas dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, helikopter berkenaan sedang melakukan penerbangan ujian di kawasan padang rumput lapangan terbang berkenaan.

“Sewaktu melakukan penerbangan ujian berkenaan, helikopter tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu terhempas di tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insiden berkenaan telah mengakibatkan dua juruterbang lelaki masing-masing berusia 59 dan 70 tahun cedera,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Bagaimanapun, cubaan Kosmo! Online untuk mendapatkan sebarang kenyataan daripada syarikat pemilik helikopter berkenaan tidak berjaya dan gagal mendapat maklum balas.

Menurut Mohd. Zani, insiden melibatkan helikopter yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce RR300 dengan aci turbo itu tidak mengganggu operasi harian LTSAAS.

“Setakat ini tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh pihak syarikat pemilik helikopter berkenaan,” ujar beliau. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN