KUALA LUMPUR 15 Ogos – Dua juruterbang helikopter nyaris maut apabila pesawat tersebut terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, pesawat jenis Robinson (R-66) milik Systemic Aviation Sdn. Bhd. terhempas semasa membuat penerbangan ujian di kawasan padang rumput di lapangan terbang tersebut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, juruterbang tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Insiden tersebut tidak mengganggu operasi harian LTSAAS,” katanya di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE











