Jemaah OKU bergantung kudrat isteri, anak - Utusan Malaysia

Jemaah OKU bergantung kudrat isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 14 Ogos – Tanpa keha­diran dua wanita ini sukar bagi Abdul Razak Said, 67, untuk mengerjakan haji berikutan kekurangan fizikal iaitu kudung kaki kanan hingga ke pangkal paha.

Warga emas itu bergantung kepada kudrat isteri, Juairi­ah Abd. Wahab, 65, dan anak bongsu, Nor Adnin, 28, untuk menolak kerusi rodanya semasa tawaf, sai dan melontar jamrah semasa masyair haji nanti.

Menurut Abdul Razak dari Alor Setar, Kedah, walaupun mempunyai kaki palsu, namun dia tidak selesa memakainya kerana berpeluh dan gatal tambahan pula tenaga sudah tidak kuat kerana mempunyai pe­nyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dia kehilangan kaki kanan apabila motosikal ditungganginya dilanggar sebuah bas ketika pulang dari kerja pada 2005.

“Saya koma selama sebulan dan selepas sedar kaki sudah kena potong kerana saluran darah besar putus. Walaupun doktor cuba menyambung semula kaki, namun selepas empat hari kaki menjadi hitam kerana saraf sudah mati,” katanya ditemui di Land Premium di sini.

Berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya Tabung Haji memberi kemudahan kepada mereka untuk tinggal sebilik semasa di Madinah dan Mekah kerana isteri dan anak Abdul Razak boleh menguruskan ke­perluannya termasuk apabila mahu ke bilik air.

Sementara itu Nor Adnin berkata, semasa di Madinah dan sampai ke Mekah mengerjakan umrah pertama, dia bergilir-gilir dengan ibunya menolak kerusi roda bapanya untuk tawaf dan saie.

Menurutnya, walaupun di­se­rang sakit belakang, namun dia reda kerana mahu berbakti kepada orang tuanya.

“Suami ada mohon datang bersama untuk menolak kerusi roda bapa, tapi tidak berjaya. Dia cakap mungkin ini peluang Allah beri untuk saya sendiri berbakti kepada bapa,” katanya yang baru menamatkan pe–ngajian Diploma Pembantu Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan di Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN