Papan tanda jalan tumbang - Utusan Malaysia

Papan tanda jalan tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, PENDUDUK Seksyen 8, Shah Alam menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang kembali papan tanda jalan yang telah lama tumbang, sejak Februari 2018 lagi.

Papan tanda jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Teres 8/1B, Seksyen 8 (di persimpangan dengan Jalan 9/21, Seksyen 9).

Bahagian Aduan MBSA ada memaklumkan mahu menggantikannya pada awal Mac 2018 tetapi ia tidak ditunaikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya ada menghantar tweet kepada twitter MBSA (@sacitycouncil) pada 1 Julai 2018 dan seterusnya menghantar emel kepada Datuk Bandar Shah Alam pada keesokan harinya.

Namun, sehingga aduan ini ditulis, tiada apa-apa tindakan daripada pihak MBSA walaupun sudah beberapa kali membuat susulan kepada pegawai MBSA melalui aplikasi WhatsApp.

Oleh yang demikian, penduduk di Seksyen 8, Shah Alam menggesa MBSA mengambil inisiatif memperbetulkan keadaan dengan segera. Penduduk merasakan istilah ‘biar lambat asal selamat’ tidak terpakai untuk isu papan tanda jalan ini.

Penduduk Setia


Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN