Tidak perlu pinda kuasa Agong - Utusan Malaysia

Tidak perlu pinda kuasa Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan meminda semula Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenankan sesuatu Rang Undang-Undang (RUU).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, ini kera­na Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hal ber­kenaan telah dipinda sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Akta itu telah dipinda tiga kali melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983, 1984 dan 1994. Pindaan yang dibuat pada 1994 ke atas 4 dan 4A Perkara 66 bertujuan memastikan satu RUU tidak ambil masa terlalu lama untuk menjadi undang-undang setelah diluluskan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) dan dipersembahkan untuk diper­kenankan Yang di-Pertuan Agong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan pindaan itu, melainkan hal-hal yang menyentuh keistimewaan raja-raja, RUU tetap akan menjadi RUU setelah habis tempoh 30 hari diluluskan Parlimen,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN