KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menghalang 493,229 majikan di negara ini untuk membayar gaji secara mingguan kepada 7.05 juta pekerjanya seperti yang diamalkan oleh majikan di Britain.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, undang-undang perburuhan tidak menghalang mana-mana majikan untuk membayar gaji secara mingguan di bawah satu kontrak perkhidmatan yang telah dipersetujui antara majikan dan pekerja.
“Kerajaan menetapkan peraturan pembayaran gaji seperti yang termaktub dalam Seksyen 19 Akta Kerja 1955 dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) 2011.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mengikut perundangan dalam negara, kita tiada halangan untuk mana-mana majikan membayar gaji secara mingguan, secara jam, harian ataupun bulan.











