30,000 anggota Daesh masih ada di Iraq, Syria - Utusan Malaysia

30,000 anggota Daesh masih ada di Iraq, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat – PBB menganggarkan masih terdapat antara 20,000 hingga 30,000 militan Daesh di negara Iraq dan Syria walaupun kumpulan itu telah tewas.

Laporan oleh pemantau sekatan PBB turut menganggarkan antara 3,000 hingga 4,000 militan Daesh berpangkalan di Libya.

Sementara beberapa ope­rasi utama di dalam kumpulan ekstremis itu telah dipindahkan ke Afghanistan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka terdiri daripada komponen penting kepada beribu-ribu militan pengganas asing aktif,” kata laporan itu.

Pasukan pemantau sekatan mengemukakan laporan bebas setiap enam bulan kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai Daesh dan Al-Qaeda yang berada dalam senarai hitam pengganas PBB.

Daesh sebelum ini menawan sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria, tetapi tahun lepas mereka berjaya diusir dari Mosul dan Raqa yang merupakan pusat pemerintahan kumpulan pelampau Sunah itu.

Pada Januari 2018, Daesh hanya berkuasa di kawasan kecil di Syria walaupun laporan mengatakan kumpulan itu menunjukkan keupayaan lebih besar di timur Syria.

Menurut laporan itu, Daesh masih mampu melakukan serangan di Syria selain kekal aktif di Iraq dengan bersembunyi di gurun dan kawasan lain.

Beberapa negara melahirkan kebimbangan mengenai sel-sel Daesh baharu dari kem Rukban yang padat dengan penduduk di selatan Syria, bersempadan Jordan.

Aliran orang asing meninggalkan Daesh masih rendah berbanding yang dijangka walaupun sejumlah dipercayai telah menuju ke Afghanistan, kata laporan tersebut.

Dianggarkan 3,500 hingga 4,500 militan Daesh berada di Afghanistan dan jumlah itu semakin meningkat, menurut laporan itu. – AFP

GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan kumpulan militan Daesh di Mosul, Iraq beberapa tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN