Guru didakwa tampar murid sampai leher senget - Utusan Malaysia

Guru didakwa tampar murid sampai leher senget

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Seorang wanita mendakwa anak saudaranya ditampar seorang guru sehingga mengalami kecederaan di bahagian tengkuk di Kampung Padang, Hulu Langat, dekat sini semalam.

Wanita dikenali sebagai ‘Diyaa Kaif’ tersebut memuat naik status dalam laman sosial Facebook mendakwa anak saudara lelakinya yang berusia lapan tahun itu ditampar guru terbabit kerana terlanggar tangannya ketika berlari bersama rakan-rakan.

“Difahamkan empat lagi rakan lain turut ditampar cikgu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang, anak buah saya dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan susulan kerana leher alami kecederaan,” katanya dalam status tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN