[VIDEO] 2 beradik rentung rumah terbakar - Utusan Malaysia

[VIDEO] 2 beradik rentung rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRI AMAN 14 Ogos – Dua kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Hilir Lingga, di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.23 petang itu mengakibatkan dua beradik iaitu Zulkarnain Ajizul, 5, dan Zulfadli Ajizul, 2, mati rentung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dan BBP Betong telah diarahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.25 petang.

“Tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.15 petang, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah satu tingkat jenis tidak kekal itu.

“Pasukan bomba dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak terperangkap dalam kediaman berkenaan semasa kejadian itu sebelum kebakaran terkawal pada pukul 6.10 petang,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Nor Hisham berkata, operasi mengeluarkan mangsa kemudian dilakukan sebelum menyerahkan mayat kedua kanak-kanak itu kepada pihak polis pada pukul 6.20 petang.

“Buat masa ini, pasukan bomba masih menyiasat punca kebakaran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN