Pemuda UMNO Nibong Tebal sokong Dr. Nur Ilyani - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Nibong Tebal sokong Dr. Nur Ilyani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 14 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal melahirkan rasa simpati terhadap pegawai perubatan, Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang berdepan ‘tindakan’ selepas memberi pandangan tentang isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

DR. NUR ILYANI
DR. NUR ILYANI

Ketuanya, Mohd. Norhiesham Ismail berkata, pihak yang membuat aduan terhadap Biro Pengaduan Awam (BPA) berhubung isu berkenaan seolah-olah cuba menyekat kebebasan bersuara yang selama ini sering dilaungkan Pakatan Harapan (PH).

Ujar beliau, situasi berkenaan menimbulkan persoalan seolah -olah kebebasan bersuara telah mati selepas negara ditadbir oleh PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah Datin Paduka Marina Mahathir terlalu kebal sebagai anak Perdana Menteri sehingga beliau tidak boleh dikritik walaupun demi menegakkan kebenaran,” katanya, di sini hari ini.

Pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan itu sebelum ini menulis surat terbuka berhubung isu LGBT terhadap Marina dan pandangan beliau tular di media sosial dan mendapat sokongan ramai.

Bagaimanapun, Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Siti Zailah Mohd. Yusof mendedahkan ada pihak mengadu kepada BPA berhubung tindakan Nur Ilyani menulis surat berkenaan dan gesaan dibuat supaya kakitangan awam itu dikenakan tindakan tatatertib.

Ekoran itu, netizen yang bersimpati terhadap beliau melancarkan petisyen menerusi Facebook sebagai membantah tindakan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Norhiesam berkata, pihaknya turut memberi sokongan padu kepada Dr.  Nur Ilyani dan menganggap beliau merupakan contoh pejuang kebenaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN