KUALA LUMPUR 14 Ogos – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa dukacita berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang ditetak bapa kandungnya.
Saya sedih mendapat khabar berita tentang kematian kanak-kanak lima tahun di Puchong. Suspek yang merupakan bapa kandung mangsa dikatakan dibawah pengaruh dadah. Pengajaran buat kita untuk lebih tegas memerangi penyalahgunaan dadah
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) August 14, 2018
Memuatkan artikel berkaitan…
Timbalan Perdana Menteri berkata, peristiwa itu memberi pengajaran berguna kepada semua pihak tentang kepentingan menghapuskan gejala dadah dalam kalangan masyarakat.
“Saya sedih mendapat khabar berita tentang kematian kanak-kanak lima tahun di Puchong. Suspek yang merupakan bapa kandung mangsa dikatakan di bawah pengaruh dadah.
“Pengajaran buat kita untuk lebih tegas memerangi penyalahgunaan dadah,” katanya dalam status di akaun Twitter miliknya, hari ini. – UTUSAN ONLINE











