Abdul Wahib bertukar ke Kelantan, timbalan pangku tugas KPD - Utusan Malaysia

Abdul Wahib bertukar ke Kelantan, timbalan pangku tugas KPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 14 Ogos – Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden KS Mender Singh memangku jawatan Ketua Polis daerah berkuat kuasa hari ini.

Ini berikutan Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Batu Pahat diadakan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din hadir menyaksikan majlis berkenaan.

Mender Singh akan memangku tugas tersebut sehingga 12 September depan sebelum Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim memulakan tugasnya sebagai Ketua Polis daerah yang baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN