Wong Siew Ki calon DAP di DUN Balakong - Utusan Malaysia

Wong Siew Ki calon DAP di DUN Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ketua Pemuda Sosialis DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki, 32 dipilih sebagai calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun ada beberapa nama lain disenaraikan namun di atas syor dan cadangan daripada DAP Selangor, Siew Ki dipilih di atas sumbangan dan pengalamannya di peringkat akar umbi selama ini.

“Beliau berkelayakan untuk mewakili DAP dan parti melihat

Memuatkan artikel berkaitan…

sumbangan dan kerja beliau di peringkat akar umbi selain menjadi Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selama dua penggal boleh membantu parti mempertahankan kerusi DUN berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sementara itu, tambah Guan Eng, PRK Balakong juga bakal menyaksikan logo Pakatan Harapan digunakan buat pertama kali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN