Kementerian Pendidikan pantau tadika dera murid - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan pantau tadika dera murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan memandang serius kejadian penderaan murid di tadika swasta di Melaka seperti yang tular di media sosial kelmarin.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan awal di tadika swasta berkenaan dan mengambil tindakan untuk menarik balik permit mengajar bagi dua orang guru yang terlibat.

“Ini bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid dan bertugas di tadika berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian tersebut telah berlaku di Tadika Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK)Seri Bijak Bestari 3, Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka melibatkan dua orang guru yang didakwa bertindak kasar ke atas empat orang murid,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kementerian Pendidikan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk memantau pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung.

“Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam pengoperasian mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur 4+ dan 5+,” katanya.

Difahamkan, tadika tersebut merupakan sebuah tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN