Aretha Franklin sedang tenat - Utusan Malaysia

Aretha Franklin sedang tenat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ratu irama soul, Aretha Franklin, 76, dilaporkan sedang tenat dan menerima rawatan di salah sebuah pusat penjagaan kesihatan di Detroit.

Wartawan Roger Friedman melaporkan berita mengenai keadaan Franklin menerusi laman web Showbiz pada Ahad lalu.

Friedman yang juga rakan keluarga Franklin turut menyatakan bahawa keluarga penyanyi tersebut meminta agar peminat sentiasa mendoakan kesihatannya dan memohon supaya mereka tidak diganggu buat masa ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa minggu lalu, seorang teman rapat Franklin telah memberitahu orang ramai agar bersedia kerana penyanyi itu mungkin akan meninggalkan kita semua.

Sementara itu, menurut laporan BBC, ahli keluarga dan rakan rapat Franklin tidak putus-putus menziarahinya sementara rakan-rakan artis turut memberikan sokongan secara dalam talian.

Antaranya penyanyi rap, Missy Eliiott dalam Twitter berkata: “Doa saya sentiasa bersama Aretha Franklin dan berharap keluarganya tabah menghadapi saat yang amat sukar ini.”

Penyanyi Boy George turut meluahkan kesedihannya dan menulis: “Ini adalah berita yang amat sedih. Aretha Franklin, suara yang tiada tandingan.”

Tidak ketinggalan penyanyi Mariah Carey dalam hantaran di laman Twitter peribadinya berkata: “Doa untuk ratu muzik soul.”

Franlin yang juga anak kelahiran Memphis digelar sebagai ratu irama soul pada penghujung 1960-an selepas aktif menjadi penyanyi selama tujuh dekad.

Penyanyi yang popular dengan lagu (You Make Me Feel Like) A Natural Woman, Respect, Think dan I Say A Little Prayer ini terpaksa membatalkan konsertnya awal tahun ini ekoran berdepan masalah kesihatan.

Kali terakhir dia membuat persembahan ialah untuk Yayasan Aids Elton John pada November 2017. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN