Mukhriz akui prestasi pendapatan negeri membimbangkan - Utusan Malaysia

Mukhriz akui prestasi pendapatan negeri membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada persidangan Dewan Undangan  Negeri (DUN) Kedah hari ini mengakui prestasi pendapatan kerajaan negeri kini berada dalam keadaan membimbangkan.

Mukhriz (Bersatu-Jitra) berkata, hasil perolehan negeri sehingga 30 Jun lalu dicatatkan sebanyak RM286 juta dan jumlah itu hanya mencapai tahap 36.79 peratus berbanding sasaran pendapatan RM779 juta pada tahun ini.

“Ini menunjukkan bahawa setakat ini prestasi pendapatan hasil kita belum mencapai 50 peratus yang mana kita sepatutnya mencapai tahap itu pada pertengahan Jun (lalu),” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail (BN-Guar Chempedak) pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah yang ke-14 di sini.

Justeru, kata Mukhriz, pihaknya perlu mencari kaedah bagi meningkatkan lagi jumlah pendapatan negeri sehingga akhir tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN