KUALA LUMPUR 14 Ogos – Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersedia menjadi peneraju menyediakan tenaga kerja mahir dalam industri aeroangkasa yang semakin berkembang menerusi pelbagai latihan kemahiran yang disediakan oleh agensi berkenaan.
![]() |
|
R. SIVARASA
|
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa berkata, langkah tersebut selaras dengan objektif Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara.
“Dengan pelbagai latihan kemahiran yang kita ada, Mara bersedia untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang ini dan menjadi rakan kongsi aeroangkasa utama di Asia Tenggara.
“Mara sebagai sebuah institusi badan berkanun yang menjadikan pendidikan, keusahawanan dan pelaburan sebagai perniagaan utamanya turut tidak ketinggalan untuk menjadi peneraju dalam menyediakan 30 peratus daripada tenaga kerja mahir di negara ini dalam bidang tersebut,” katanya selepas merasmikan Simposium Aeroangkasa Antarabangsa Mara-Naico 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE












