Terma, syarat pelantikan Duta Khas ke China belum muktamad - Utusan Malaysia

Terma, syarat pelantikan Duta Khas ke China belum muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Terma dan syarat pelantikan Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, walaupun Perdana Menteri bersetuju dengan pelantikan itu, terma dan syarat belum diputuskan dan masih belum dimaklum kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan.

“Terma dan syarat pelantikan ini hanya akan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan datang,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu mengenai jumlah Duta Khas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Ka Siong mempersoalkan pelantikan Kok Wai sedangkan sebelum ini beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mengkritik hebat pelantikan beberapa Duta Khas bekas Perdana Menteri termasuk mantan Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Tun S. Samy Vellu. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN