Muhyiddin angkat sumpah Ahli Parlimen Pagoh - Utusan Malaysia

Muhyiddin angkat sumpah Ahli Parlimen Pagoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof di Parlimen hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri tidak menyertai Ahli Parlimen lain mengangkat sumpah pada 16 Julai lalu berikutan bercuti sakit selama sebulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang dikesan menghidap ketumbuhan pankreas selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan dibenarkan keluar pada minggu lalu.

Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa yang juga anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman belum mengangkat sumpah. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN