Mayat dengan kesan tetak ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat dengan kesan tetak ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 14 Ogos – Mayat seorang lelaki ditemukan dengan kesan tetakan di kepala dan badan dalam sebuah kebun di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Alor Pasir, Tok Uban di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Lelaki berusia lingkungan 20-an yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh orang ramai sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati terdapat kesan luka pada kepala, muka, jari tangan dan betis mangsa dipercayai ditetak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini kita sedang menyiasat identitinya dan percaya mangsa dibunuh dan ditinggalkan di lokasi kejadian.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN