2 maut, 2 parah kereta langgar pokok - Utusan Malaysia

2 maut, 2 parah kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 14 Ogos – Dua lelaki maut, manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Kilometer 135 Jalan Batu Pahat-Muar, di Peserai, malam tadi.

Nahas kira-kira pukul 9 malam itu mengakibatkan pemandu kereta itu, Mohd. Fazly Reza Mohamed, 30, dan penumpang hadapan, Muhamad Izhuan Kahar, 24, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Dua lagi penumpang belakang, Muhamad Basri Hamadan, 24, dan Nor Hasyim Abu Bakar, 34, kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika empat sahabat berkenaan dalam perjalanan dari arah bandar menghala ke Muar.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka dipercayai secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di bahu kiri jalan berkenaan.

“Akibat rempuhan kuat itu, pemandu kereta dan penumpang hadapan maut serta-merta di lokasi kejadian dan turut tersepit di tempat duduk masing-masing,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis daerah (IPD) Batu Pahat, di sini sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN