PUCHONG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandungnya di Flat Puchong Permai di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang, pihak polis telah menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa seorang kanak-kanak telah jatuh di tingkat empat blok 11A di flat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian menemui mayat kanak-kanak itu di hadapan sebuah rumah di flat berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah ditetak sebanyak tiga kali ketika sedang tidur.
Memuatkan artikel berkaitan…
Turut ditemui di lokasi kejadian ialah sebilah parang.











