Bayi 10 bulan jadi mangsa dera - Utusan Malaysia

Bayi 10 bulan jadi mangsa dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang bayi perempuan 10 bulan mengalami lebam pada pipi dipercayai didera penga­suh yang dikenali menerusi ­aplikasi WeChat pada hari pertama dijaga di sebuah rumah di Kuala Kedah.

Ibu bayi itu yang berusia 31 tahun dan juga seorang peniaga berkata, dia menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke rumah pengasuh berkenaan pada pukul 11 pagi, Sabtu lalu sebelum pergi bekerja dan menjemput semula anaknya itu pada pukul 9.30 malam.

“Waktu itu, pengasuh be­ritahu pipi anak saya digigit nyamuk sebelum saya me­nyapu minyak pada seluruh badan termasuk pipinya tetapi tindakan itu menyebabkan anak saya mengalami alahan. Dalam keadaan gelap saya tidak syak apa-apa dan terus pulang ke rumah,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wanita itu, bagaimanapun terkejut apabila mendapati terdapat kesan lebam pada pipi anaknya sebelum membawa mangsa ke klinik swasta berhampiran pada keesokan hari.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN