Tepian sungai kekal lokasi riadah - Utusan Malaysia

Tepian sungai kekal lokasi riadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 13 Ogos – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) akan terus mengekalkan kawasan tepian sungai di pinggir bandar ini sebagai lokasi beriadah dan bersantai sesuai untuk kunjungan ramai.

Setiausahanya, Rosdi Yaacob berkata, kehijauan taman dengan pokok pain yang rendang menjadi tempat per­singgahan warga bandar pada waktu petang selain lokasi tumpuan kaki pancing mengail ikan sungai.

Beliau berkata, pihaknya ju­ga turut menyediakan trek jo­ging berpagar yang akan menjamin keselamatan pengunjung untuk beriadah serta bersantai di sepanjang sungai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penekanan terhadap tanggungjawab pengunjung khususnya pemancing daripada aspek menjaga kebersihan adalah perlu dalam mengekalkan keindahan alam semula jadi,” katanya di sini hari ini.

Rosdi berkata, kemudahan tempat membuang sampah yang disediakan oleh MDPP perlu dimanfaatkan dengan penuh bertanggungjawab.

“Sampah dilarang sama sekali dibuang ke dalam su­ngai atau di mana-mana sudut dalam taman berkenaan.

“Kita juga turut memastikan pokok keladi bunting dan teratai yang tumbuh di permukaan sungai ini sentiasa terkawal,” katanya.

Tambahnya, kerja membersih dan mengindahkan taman berkenaan dilaksanakan seca­ra berkala dan sentiasa dipantau kebersihannya.

“Tepian sungai ini adalah salah satu lokasi yang menarik dalam kawasan perniagaan pelbagai jenjs buah-buahan dan makanan ringan.

“Kita mengambil kira cadangan orang ramai untuk membina trek joging, taman mesra kanak-kanak dan melarang pengunjung meredah masuk ke taman dengan motosikal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN