Saya tidak campur tangan hal parti politik lain - Mahathir - Utusan Malaysia

Saya tidak campur tangan hal parti politik lain – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hari ini beliau tidak campur tangan hal ehwal dalaman parti politik lain.

Beliau diminta mengulas dakwaan ahli Parlimen PKR bahawa Mahathir dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin cuba menghalang Presiden baharu PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

“Ini merupakan dakwaan yang bagus. Orang itu perlu membuktikannya. Saya tidak pernah  bercakap mengenai perkara itu dengan sesiapa. Saya menjauhkan diri. Saya tidak campur dalam urusan  dalaman  parti lain, ” kata Mahathir kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat  ketiga Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid dilaporkan mendakwa bahawa Anwar akan menghadapi masalah mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir sekiranya Rafizi Ramli tidak berjaya menjatuhkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang.

Sebelum pengundian pada  pada 9 Mei, pemimpin Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju bahawa Mahathir menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang pilihan raya umum.

Mereka juga bersetuju bahawa Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, akan mengambil alih jawatan daripada Mahathir. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN