Piala Super Sepanyol milik Barca - Utusan Malaysia

Piala Super Sepanyol milik Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGIER, Morocco – Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde percaya penyerangnya, Ousmane Dembele kembali berada pada prestasi terbaik setelah muncul sebagai wira Barcelona menerusi jaringan gol kemenangan pada perlawanan Piala Super Sepanyol menentang Sevilla awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Grand Stade de Tanger itu, Barcelona berjaya menewaskan Sevilla 2-1.

“Saya tidak pasti sama ada Dembele memerlukan aksi se-perti ini untuk menunjukkan potensinya. Bagi saya, dia kini telah bersama pasukan terhebat di dunia dan jangkaan kami terhadapnya sentiasa tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada hari ini dia beraksi de-ngan hebat dan menjadi wira Barcelona. Saya gembira dengan prestasi tersebut dan berharap ia dapat diteruskan sehingga penghujung musim ini,” kata Valverde.

Sevilla terlebih dahulu menja-ringkan gol menerusi pemain tengah, Pablo Sarabia seawal minit kesembilan.

Barcelona berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Gerard Pique pada minit ke-42 disusuli gol kemenangan hasil rembatan kencang Dembele dari luar kotak penalti pada minit ke-78.

Mengulas lanjut, pengendali berusia 54 tahun itu mengakui trofi yang diraih tersebut mampu merangsang motivasi para pemainnya untuk meneruskan kempen La Liga musim ini.

“Kami beraksi dengan sukar kerana sebahagian besar pemain baru pulang dari cuti selepas Pia-la Dunia. Jadi untuk mencari ke
serasian itu agak susah lebih-lebih lagi ketika berhadapan de-ngan pasukan kuat seperti Sevilla.

“Kejayaan ini dilihat dapat meningkatkan motivasi mereka untuk mengharungi kempen La Liga musim ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN