Pengerusi Kebangsaan DAP dilantik Duta Khas ke China tidak langgar manifesto - Utusan Malaysia

Pengerusi Kebangsaan DAP dilantik Duta Khas ke China tidak langgar manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelantikan Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China tidak melanggar manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti, Anthony Loke. 

Manifesto PH hanya menyatakan bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi tidak sebagai duta khas kerajaan, kata Anthony yang juga Menteri Pengangkutan. 

“Ini bukan GLC, jawatan (sebagai duta khas) hanya untuk mempermudahkan hubungan antara Malaysia dan China, saya fikir ia tidak melanggar prinsip manifesto kita. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita berpendapat beliau layak dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menaruh keyakinan kepadanya untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan China,” kata beliau ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pelantikan Kok Wai yang dilaporkan berkuat kuasa pada 1 Ogos telah disahkan.

Kok Wai yang juga ahli Parlimen Cheras, menggantikan bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting yang menjadi duta khas ke China di bawah kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN