Politik Sabah: BN bakal bubar, pembangkang tubuh blok baharu - Utusan Malaysia

Politik Sabah: BN bakal bubar, pembangkang tubuh blok baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 13 Ogos – Barisan Nasional (BN) Sabah bakal dibubarkan selepas semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu bersetuju menubuhkan blok pembangkang baharu iaitu Parti Gabungan Bersatu Sabah.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mendakwa, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN iaitu daripada UMNO dan parti tempatan akan menyertainya.

Beliau berkata, perbincangan tentang penubuhan parti itu kini berada di peringkat akhir dan permohonan pendaftarannya akan dihantar kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam tempoh 10 hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Formula baharu ini akan diwakili ADUN BN sedia ada daripada UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Sehingga hari ini, kami sudah menzahirkan persetujuan dan Perlembagaan parti juga telah siap cuma untuk memasukkan senarai nama jawatankuasa sebelum dihantar kepada ROS dalam masa terdekat,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN