Pendapatan hampir lima angka sebulan jual susu kambing segar - Utusan Malaysia

Pendapatan hampir lima angka sebulan jual susu kambing segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Kesungguhan Husnizar Hussin yang mengusahakan ternakan kambing tenusu sejak 15 tahun lalu ternyata berbaloi kerana memperoleh pendapatan lumayan mencecah hampir lima angka setiap bulan.

Lelaki yang berusia 38 tahun ini memberitahu, setakat ini, ladang milik bersama keluarganya iaitu Rumah Tenusu Bandar Arau menempatkan lebih 100 ekor kambing jenis kacuk Cross Boer, Janapari dan kambing kampung.

“Kambing-kambing ini diternak khusus untuk menghasilkan 15 hingga 20 liter susu segar setiap hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mempunyai pembekal dan peruncit tetap terutama di negeri ini, Kedah, Pulau Pinang dan Perak,” katanya ketika ditemui pemberita di ladangnya di Kampung Alor Merah, Jalan Kolam Air di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Veterinar (Pembangunan) Dr. Ahmad Salleh turut membuat lawatan kerja singkat ke ladang ternakan kambing tenusu milik Husnizar.

Susu kambing segar yang dijualnya kepada pelanggan harian berharga RM8 bagi kapasiti 500 mililiter (ml) sebotol.

Susu haiwan ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat seperti melancarkan pencernaan seseorang, menguatkan sistem imunisasi tubuh, mengimbangkan kadar kolestrol dan gula dalam darah serta awet muda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN