LONDON 12 Ogos – Thibaut Courtois mungkin masih menyarung jersi Chelsea jika keluarganya tinggal di London dan bukan di Madrid.
Agen penjaga gol Belgium berusia 26 itu memberitahu BBC peminat Chelsea tidak seharusnya berang terhadap penjaga gol yang memenangi Sarung Tangan Emas pada Piala Dunia yang lalu dengan melabelnya sebagai tidak setia.
Pemain berkenaan berpindah ke pasukan Juara Eropah itu dengan yuran perpindah agak rendah berikutan kontraknya dengan Chelsea hanya berbaki setahun.
Agen beliau, Christophe Henrotay berkata, Courtois tidak berniat untuk menyakitkan hati penyokong Chelsea apabila dia enggan turun pada sesi latihan setelah diminta oleh jurulatih baharu pasukan berkenaan Maurizio Sarri.
“Dia terpaksa meninggalkan Chelsea kerana anaknya yang tinggal bersama ibu mereka di Madrid,” katanya.
Juara Piala FA itu bagaimanapun telah membeli penjaga gol termahal di dunia berusia 23 tahun Kepa Arrizabalaga dari Athletic Bilbao. – AFP











