APMM tahan empat bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Kemaman - Utusan Malaysia

APMM tahan empat bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan empat lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki mencerobohi perairan negara untuk menangkap ikan secara haram pada Sabtu lalu.

Kesemua bot nelayan tersebut ditahan ketika sedang leka menangkap ikan secara pukat ganding pada kedudukan antara 102 hingga 119 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman antara pukul 7.50 pagi hingga 10.10 pagi.

Pemangku Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, operasi tersebut juga berjaya merampas 500 kilogram (kg) ikan, 28,000 liter minyak diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai keseluruhan RM4.5 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 38 suspek termasuk empat tekong bot warga Vietnam berusia dalam lingkungan 16 hingga 63 tahun berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan KM Pekan terbabit.

“Salah seorang tekong bersikap biadap cuba menyogok wang tunai RM10,000 kepada pengawai penguat kuasa APMM namun ditolak secara tegas. Kes itu juga telah diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN