Staf pusat jagaan kasari dua budak ditahan - Utusan Malaysia

Staf pusat jagaan kasari dua budak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Dua guru wanita di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di daerah ini ditahan selepas dipercayai mengasari dua kanak-kanak di premis berkenaan pada minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, kedua-duanya yang berusia 21 dan 40 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini pada Sabtu lalu.

Katanya, siasatan dijalankan selepas pemilik pusat jagaan tersebut membuat laporan polis berhubung satu video yang tular di laman sosial Facebook memaparkan pekerjanya bertindak kasar terhadap dua kanak-kanak berusia empat tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakaman video itu menunjukkan salah seorang suspek bertindak mengangkat seorang budak perempuan yang menangis dan meletakkannya di atas badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang merangkak.

“Kejadian itu dipercayai berlaku dua minggu lalu dan rakaman itu dipercayai tular selepas disebarkan oleh seorang bekas guru wanita di tadika berkenaan yang berhenti kerja pada 1 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd. Nor Yhazid, pemeriksaan pada tubuh kedua-dua kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemui sebarang kecederaan.

“Kedua-dua suspek direman dan siasatan akan diteruskan termasuk memanggil saksi-saksi berkaitan,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN