Lulus usul solidariti bersama Dr. Nur Ilyani - Utusan Malaysia

Lulus usul solidariti bersama Dr. Nur Ilyani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 11 Ogos – Muktamar Dewan Pemuda Pas Kelantan Ke-59 di sini hari ini meluluskan satu usul tergempar mengutuk sebarang usaha untuk mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Usul tersebut juga menyatakan solidariti bersama Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi, pegawai perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang menulis surat terbuka kepada anak Perdana Menteri, Datin Marina Mahathir berhubung isu LGBT.

Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, usul yang diluluskan sebulat suara itu menandakan keprihatinan Pemuda Pas terhadap usaha mana-mana individu cuba menghalang budaya songsang LGBT daripada menular ke dalam masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mendesak Kementerian Kesihatan agar tidak mengenakan apa-apa tekanan kepada pegawai berkenaan yang jelas tidak melanggar sebarang peraturan dalam perkhidmatan awam semasa menulis surat berkenaan.

“Kita berikan amaran, jika sebarang tindakan dikenakan, pihak kerajaan akan berdepan dengan kebangkitan besar-besaran dari seluruh umat Islam di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Fadhli, fenomena LGBT dikhuatiri semakin merebak apabila melihat kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan melalui para menterinya yang seolah-plah mengiktiraf tuntutan golongan tersebut.

“Apa yang mengejutkan kita ialah apabila surat terbuka yang ditulis oleh Dr. Nur Ilyani telah dipadamkan oleh pihak Facebook di atas alasan menganggu hak komuniti lain.

“Ia sekali gus membayangkan bahawa golongan ini mempunyai suara yang cukup berpengaruh sehingga tulisan tersebut dipadamkan hanya selepas beberapa jam sahaja disiarkan di media sosial,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN