KUALA LUMPUR 13 Ogos – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Low Taek Jho atau Jho Low untuk pulang ke Malaysia bagi membersihkan nama beliau berhubung rampasan kapal mewah, Equanimity.
![]() |
|
Tan Sri Annuar Musa
|
Katanya, sekiranya ahli perniagaan itu tidak bersalah, beliau perlu tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
“Ada banyak isu yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jho Low, sebagai rakyat Malaysia dia harus bertanggungjawab. Kalau dia tidak bersalah, tolong pulang dan buktikan anda tidak bersalah.
“Rakyat Malaysia tidak boleh berkompromi dengan masalah ini dan beliau perlu tampil membuat penjelasan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai sama ada ahli perniagaan itu perlu pulang ke Malaysia bagi menjelaskan dakwaan berkaitan dengan dirinya. – UTUSAN ONLINE












