[VIDEO] Najib minta Jho Low bertanggungjawab - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib minta Jho Low bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low harus bertanggungjawab memberi penjelasan sekiranya kapal layar mewah, Equanimity diperoleh secara tidak sah.

Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Jho Low juga perlu menjelaskan status perolehan wang jika tidak berkaitan dengan ahli perniagaan itu.

“Seperti saya katakan, jika kapal layar mewah itu diperoleh menerusi cara tidak sah yang mana wang dikaitkan dengan ahli perniagaan itu tiada kena mengena dengannya seperti dituduh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maka beliau perlu ‘bertanggungjawab’ mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada Jho Low perlu pulang ke Malaysia bagi menjelaskan dakwaan berkaitan dengan dirinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN