Kewangan Johor baik, kerajaan PH usaha tambah hasil - Osman - Utusan Malaysia

Kewangan Johor baik, kerajaan PH usaha tambah hasil – Osman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 13 Ogos – Prestasi kewangan negeri Johor berada pada kedudukan yang baik dengan hasil diterima sebanyak RM707.45 juta, manakala perbelanjaan RM639.24 juta.

Slug : MB JOHOR BARUJohor - JOHOR BAHRU,12 MEI 2018 - DATUK OSMAN
Datuk Osman Sapian

Justeru, keadaan itu menunjukkan kedudukan kewangan negeri mencatatkan lebihan RM68.21 juta manakala jumlah rizab pula berjumlah RM2.585 bilion yang berakhir pada 30 Jun lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini sebentar tadi, sekali gus membuktikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) mewarisi sebuah negeri yang berada dalam kedudukan yang sangat baik, sihat, serta makmur ekonominya daripada Barisan Nasional (BN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Osman memaklumkan mengenai prestasi kewangan kerajaan negeri Johor semasa menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) mengenai status kewangan kerajaan negeri berakhir 30 Jun 2018 dan perancangan kerajaan negeri bagi mengukuhkan kewangan serta usaha menambah negeri.

Beliau turut memberitahu, kerajaan negeri komited untuk mengukuh kedudukan kewangan dan menambah hasil negeri bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Dalam menjamin kesinambungan pembangunan negeri Johor, kestabilan fiskal adalah signifikan dan perlu menjadi matlamat utama.

“Antara agenda utama bagi mencapai kestabilan fiskal adalah Bajet Telus dan Pengurusan Kewangan Berintegriti, Bajet Berpandukan Keutamaan Negeri serta Bajet Berimbang Secara Struktur,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN