Nadal, Halep juara Piala Rogers - Utusan Malaysia

Nadal, Halep juara Piala Rogers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO 13 Ogos – Rafael Nadal dan Simona Halep menjuarai acara perseorangan lelaki dan wanita Piala Rogers selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi final di sini awal hari ini.

Nadal dari Sepanyol menundukkan pemain muda sedang meningkat naik dari Greece, Stefanos Tsitsipas 6-2, 7-6 untuk merangkul kejuaraan kejohanan ini buat kali keempat dalam kariernya.

Selain menghalang Tsitsipas daripada memperoleh hadiah hari lahir paling bermakna semalam, Nadal, 32, juga menamatkan kemaraan luar biasa pemain berusia 20 tahun itu termasuk menewaskan Novak Djokovic, Kevin Anderson, Dominic Thiem dan Alexander Zverev sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala Halep dari Romania mengulangi kejayaan di final Terbuka Perancis pada Jun lalu apabila sekali lagi menewaskan lawan sama dari Amerika Syarikat, Sloane Stephens 7-6, 3-6, 6-4 untuk merangkul kejuaraan kejohanan ini buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Pemain No. 1 wanita dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras termasuk menggunakan servis ace sebagai senjata untuk menjinakkan Stephens yang cuba membalas dendam kekalahannya sebelum ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN