Sultan Kedah ingatkan usah usik unsur-unsur tradisi dalam perlembangaan - Utusan Malaysia

Sultan Kedah ingatkan usah usik unsur-unsur tradisi dalam perlembangaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengingatkan rakyat supaya kekebalan unsur-unsur tradisi dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dan Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak diusik bagi memastikan keamanan, keharmonian dan kestabilan dapat dikekalkan.

Baginda bertitah, kekebalan unsur-unsur tradisi itu melibatkan institusi diraja, pengiktirafan Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan keistimewaan orang Melayu.

“Beta perhatikan, sejak akhir-akhir ini wujud kecenderungan untuk mengganggu gugat perpaduan kita. Isu nostalgia bangsa, sensitiviti kaum, agama dan kepercayaan ditimbulkan secara sengaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua ini dilakukan atas dasar liberalisme dan keterbukaan serta kebebasan bersuara,” titah baginda pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14 di sini sebentar tadi.

Turut berangkat, Sultanah Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff dan Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Baginda bertitah, pada masa ini, masyarakat didapati lebih kerap membincangkan perbezaan daripada persamaan dan perpecahan daripada penyatuan sedangkan kepelbagaian sepatutnya diterima sebagai satu anugerah dan rahmat.

“Rakyat juga perlu lebih berhati-hati dalam menyuarakan pandangan, bak ungkapan ‘ibarat berjalan, peliharalah kaki, berkata, peliharalah lidah’ kerana luka sangat mudah terjadi, tetapi terlalu payah untuk sembuh,” titah baginda. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN