Mujahid pertahan tindakan mendekati transgender - Utusan Malaysia

Mujahid pertahan tindakan mendekati transgender

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof mempertahankan tindakannya yang mengambil pendekatan engagement (mendekati) golongan transgender yang dilihat lebih berkesan.

KUALA LUMPUR 10 Ogos 2015 - Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa penal
Datuk Mujahid Yusof

Beliau memberitahu, pendekatan secara mendekati ini lebih lunak, lembut, lebih sesuai dan rahmah, malah ia bukan satu perkara baru dalam teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri menjalankan kerja dakwah secara mendekati terhadap pelbagai kumpulan sasaran terutamanya dalam isu transgender.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpandangan kita boleh dekati isu ini dengan dua pendekatan sama ada ia dilakukan secara mendekati atau konfrontasi. Kedua-dua pendekatan itu bagaimanapun mempunyai manfaat dan mudaratnya yang tersendiri.

“Namun sebagai menteri dan mewakili institusi agama bagi kerajaan Persekutuan, pada hemat saya, pendekatan secara mendekati yang lebih lunak dan lembut lebih sesuai dan rahmah, malah ia bukan satu perkara baru dalam teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mujahid telah mengadakan pertemuan bersama aktivis transgender, Nisha Ayub di pejabatnya di Putrajaya dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN