Usah usik institusi diraja, hak istimewa orang Melayu - Sultan Kedah - Utusan Malaysia

Usah usik institusi diraja, hak istimewa orang Melayu – Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 13 Ogos – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini mahu agar unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak diusik bagi memastikan keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan.


Baginda bertitah ia termasuklah kewujudan institusi diraja, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.


“Beta perhatikan sejak akhir-akhir ini wujud kecenderungan untuk mengganggu gugat perpaduan kita. Isu nostalgia bangsa, sensitiviti kaum, agama dan kepercayaan ditimbulkan secara sengaja,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini. 


Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda bertitah walaupun dilakukan atas dasar liberalisme, keterbukaan serta kebebasan bersuara, namun perlembagaan sedia ada perlulah dihormati dan diberi keutamaan. 


“Permuafakatan telah pun dimeterai kemas dan kemudian telah membentuk kandungan perlembagaan kita. Pakatan murni yang dipersetujui adalah cerminan sikap tolak ansur pribumi terhadap pelbagai kaum yang lain dan telah diterima sebagai sebuah kontrak sosial,” titahnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN