Naem Ramli sah bergelar suami kepada Nurul Syazwani - Utusan Malaysia

Naem Ramli sah bergelar suami kepada Nurul Syazwani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH 11 Ogos – Juara program realiti Hero Oven 2016, Naem Ramli, 27 atau lebih dikenali sebagai Chef Naem sah bergelar suami kepada Nurul Syazwani Zulkaffli, 26, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

Menurut cef selebriti itu, majlis pernikahan yang diadakan pada pukul 5 petang itu, Naem atau nama sebenarnya Muhammad Naim Ramli telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200 berserta wang hantaran berjumlah RM10,000.

“Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan lancar di sebuah hotel di Bahau, berdekatan dengan kediaman keluarga mentua saya berasal dari sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majlis persandingan belah keluarga saya pula akan diadakan di Taman Ibukota, Setapak pada 16 September depan,” katanya yang merupakan hos program masakan Dapur Panas dan Dapur Bujang Western siaran TV3 itu.

Tambah Naem, dia mengenali isterinya yang mesra disapa sebagai Wani itu kira-kira dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama setahun.

Naem turut berkongsi, Wani merupakan seorang anggota pasukan keselamatan negara yang bertugas di sebuah negeri di Pantai Timur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×