PULAU PINANG 11 Ogos – Seorang gadis lembam mendakwa dirogol beberapa lelaki berhampiran suatu kawasan hutan di Bayan Lepas di sini, 4 Ogos lalu.
![]() |
|
A. ANBALAGAN
|
Kejadian kira-kira 12.30 pagi itu pada mulanya disedari adik mangsa dan suaminya selepas gadis berusia 27 tahun itu yang sepatutnya berada di rumah pada waktu tersebut hilang secara tiba-tiba.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, ketika sedang mencari, mereka ternampak mangsa bersama beberapa lelaki di suatu kawasan hutan berhampiran.
“Bagaimanapun, kesemua lelaki tersebut melarikan diri ketika dihampiri oleh adik perempuan mangsa dan suaminya,” katanya di sini, hari ini.
Menurut Anbalagan, berdasarkan pengakuan mangsa, dia mendakwa pernah dirogol oleh beberapa lelaki yang dikenalinya.
Katanya, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – UTUSAN ONLINE












